Trip touring kali ni kita akan berkongsi dgn Abg Lie, kayuhan di Mersing Johor. beliau berkesempatan mengelilingi daerah Mersing tika pelatih ilp menjalankan aktiviti pembelajaran disana.
dihadapan ILP Mersing bersama Hybrid MTB
read more
Selasa seawal jam 7 pagi kayuhan dimulakan dgn doa selamat pergi dan sampai ke destinasi yang tidak dirancang.. hehe boleh ka mcm tu.. belasah ja la..
destinasi pertama adalah Pantai Penyabong dan tertera pada papan tanda "48KM". degupan jantung berlari-lari anak memikirkan jarak serta perasaan yg bercampur-campur memikirkan keadaan sekeliling sepanjang perjalanan ini. Tetapi dengan suasana yang nyaman , jalan yg lembab menjadi pengubat dan penguat semangat yang perjalanan ini akan berjalan dgn lancar . destinasi pertama ini melalui Pekan Mersing seterusnya Persisir pantai . cabaran melawan angin terpaksa di tempuh dgn sekitar kelajuan 18km/j yang tertera pada wheel sensor meter
tercungap juga tapi masih tersenyum
Jalan yang dilalui agak kurang dilalui oleh kenderaan dan tahniah kepada kerajaan negeri kerana jalan memang tip-top, sesuai untuk laluan Le Tour De Langkawi. antara pantai yang dilalui ialah Pantai Resang. Jam menunjukkan baru 9.40pg tetapi sudah hampir 2jam 40minit mengayuh. dalam kesamaran angin agak kencang menerbang habuk2 pasir pantai yang mengaburi cermin mata,tertera papan tanda Pantai Penyabong. wajah kembali ceria dan bersemangat untuk sampai.
Hadapan pantai Penyabong Resort
layan perasaan tepi pantai dulu
tepat jam 10.57 pagi, bertolak balik ke ILP Mersing setelah melapik perut dgn air milo dan karipap 2biji
antara laluan berbukit tapi lajak yang dilalui
Perjalanan balik agak mudah kerana laluan nya mengikut arah angin di jalan persisir pantai. tertera pada meter 30-40km/j. terpacak di depan pintu pagar ILP Mersing jam 1.10ptg.
Trip dengan 6 jam masa kayuhan pergi dan balik , 3 kali berhenti dan 1 destinasi sudah memberi kepuasan tahap gaban .. pengalaman serta entry ini mungkin menjadi kenangan pada Abg Lie dan menjadi semangat pada rakan-rakan se-Gerek untuk melawati , mengalami sendiri seperti pengalaman Abg Lie dalam kayuhan Solo. InsyaAllah.
Categories:
fun ride