http://kencingrimau.com/

menghalau binatang seperti musang, tikus, cicak, lipas, tupai, ular, babi, anjing, kambing, lembu, kerbau, gajah, burung dan lain-lagi

Showing posts with label Hot tip & Trick. Show all posts
Showing posts with label Hot tip & Trick. Show all posts

LEPTOSPIROSIS Kencing Tikus Rumah

Ancaman Kencing Tikus Rumah
Ancaman yang jarang didengar tetapi sudah berleluasa.
Ancaman  yang membawa kepada penyakit LEPTOSPIROSIS
Ancaman yang berpunca dari air kencing tikus
Ancaman yang membawa kepada penyakit tenat.


Bagaimana jangkitan boleh berlaku
Minuman atau makanan dalam tin yang “MUNGKIN” pernah dilalui
atau terkena kencing tikus di gunakan terus tanpa dibasuh terlebih dahulu.

Dimanakah potensi terkena air kencing tikus ini ?
·         Stor penyimpanan makanan/minuman , kedai , dapur rumah dan dimana
·         saja tempat yang diletak makanan itu.
·         Tempat yang gelap seperti siling rumah
·         Bawah ,belakang perabot rumah
·         Luar rumah

Adakah ia boleh disebarkan.
Ya.
·         Tikus dan Mondok sebagai Hos Utama.
·         Anjing , arnab , lembu , biri-biri sebagai Hos Kedua.
·         Hos Kedua dijangkiti apabila binatang ini menjilat air kencing tikus yang mengandungi virus.

Siapa yang berpotensi dijangkiti ?
Potensi pertama : Veterinarian, pemilik dan pekerja kepada binatang belaan atau ternakan, pekerja  
                             penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, ,mereka yang bekerja di rumah tinggal dan
                             mereka yang rumah nya banyak tikus.
Potensi Kedua : Semua orang jika tinggal atau melalui kawasan-kawasan yang ada potensi penyebaran.

Yakini dengan berdoa
Ya Allah,
Aku memohon kepadamu supaya menjauhi perkara-perkara yang tidak diingini ini

Berusaha dengan ikhtiar
Kita sebagai Potensi pertama atau kedua mesti mengambil langkah PENCEGAHAN serta
PENGAWALAN Kepada binatang-binatang ini.

Bagaimana ingin melakukan langkah pencegahan serta pengawalan ini ?
Wassup/Message / PM di ruang komen  sekarang !!
Hafifi – 0194642478
Hafifi – 0194642478
Hafifi – 0194642478

Seterusnya Jangan bazir masa anda dengan wassup/mesej pada saya ! JIKA
·         Rumah anda tiada tikus
·         Rumah anda tiada serangga kecil seperti lipas, cicak
·         Rumah anda langsung tiada bahan makanan
·         Tidak membela kucing
·         Tidak membela binatang ternakan.
·         Tiada longkang rumah
·         Kawasan berlumpur atau becak atau air bertakung
·         Rumah anda berada di tingkat 50 dan keatas
·         Rumah anda sudah memiliki sistem kawalan mahkluk perosak yang sudah berjaya.

Stok Produk pencegahan dan pengawalan ini berada di paras merbahaya.
So jgn tunggu dah kena baru nak cari.
Wassup/Message/ PM di ruang komen sekarang !!
Hafifi – 0194642478

Hafifi – 0194642478

5 perkara paling digeruni oleh MTB Rider

        Meneroka hutan bersama basikal merupakan aktiviti yang paling digilai oleh peminat-peminat sukan berbasikal lasak, dengan berbasikal dari bukit ke bukit yang lain, kita akan merasa nikmat paling maksima apabila sampai di puncak nya dan teruja bak gerun roller coaster apabila menuruni bukit. Aktiviti berbasikal meneroka hutan atau mengikut trail yang biasa dilalui sudah menjadi perkara biasa kepada penunggang basikal bukit atau MTB, seorang 'Rider" yang berpengalaman pasti sudah tahu arah atau laluan, perlengkapan dan lain-lain. Meneroka atau menjelajah dalam hutan biasanya dilakukan oleh satu kumpulan yang disertai tiga hingga lima orang "rider" atau lebih serta berbasikal secara bersama-sama bahkan ada juga yang berbasikal dengan seorang diri.

            Namun buat para 'rider' , apa yang mereka takut ketika sedang berbasikal di dalam hutan? Mungkin tidak ada yang mereka takutkan kecuali takut tersesat ketika sedang meneroka atau mengikut laluan yang telah dibuat oleh peneroka sebelumnya. Ternyata 'rider' tidak hanya takut tersesat saja, masih ada lagi ketakutan-ketakutan yang sering menghantui para 'rider'. Apakah perkara yang digeruni apabila memasuki hutan atau ladang penanaman seperti kelapa sawit dan getah ? Berikut 5 perkara yang selalu terngiang-ngiang di fikiran para 'rider MTB' :

# 1 Takut Tersesat
Ini poin yang paling, paling, paling sering ditakuti oleh para rider ketika berkayuh didalam hutan, Seorang rider sangat takut tersesat saat berkayuh, entah secara bersama-sama ataupun dengan sendirian. Seorang rider yang ingin memasuki trail yang tidak pernah dilalui haruslah meneliti kawasan sekitar dengan membuat " map Study ". Ini bagi persediaan jika berlaku perkara yang tidak diduga. 

Tips:
- Sebelum memasuki trail, mintalah peta yang akan dilalui.
- Bacalah doa sebelum melakukan aktiviti.

# 2 kehabisan bekalan minuman
Mungkin ini jarang dipikirkan oleh rider MTB, namun ini kenyataannya yang sering ditakuti apabila trail yang dilalui berbukit bukau yang mekehendaki para rider sentiasa minum air untuk hidrasi tubuh. Air didalam hutan adakah selamat untuk diminum, bagaimana dengan pemilihan punca mata air ? jika ada rakan yang mahir dengan teknik survival hidup, ia merupakan bonus pada kumpulan tersebut, jika tidak ia merupakan mimpi ngeri pada kumpulan itu.

                 Sumber scetizwisata
Tips:
-Sebelum memasuki hutan, bawalah makanan tenaga seperti coklat bar dan minuman secukupnya
-Pada saat berbasikal, anda harus makan, makanlah seperlunya jangan dihabiskan semua. Jaga-jaga bila anda mau makan lagi.
-Disarankan sebelum memasuki hutan, berdoa supaya selamat. 

# 3 Takut Ada Hantu
Dalam hutan memang banyak makhluk sebenarnya yang tinggal kat situ terutamanya hutan dara. kawasan hutan yang diusahakan  penanaman kelapa sawit atau getah juga tidak terlepas kerana ia merupakan tempat asal mahkluk-mahkluk ini . Oleh sebab itu, kita kena berhati-hati. 

Tips:
- Melaungkan azan dengan kuat sekiranya kita diganggu oleh makhluk halus atau terserempak    dengan binatang liar yang cuba hendak menerkam ke arah kita.
- jangan berpecah atau jalan sorang-sorang sebab iblis boleh ganggu kita dengan menutup pandangan    kita
- jangan buang air ikut suka hati sebaliknya pastikan tempat yang kita buang itu di tempat yang    bersemak sikit

KLIK SINI  jika mahu kediaman bebas dari haiwan liar

# 4 Takut Ditinggal Oleh kumpulan
Ini merupakan salah satu hal yang para rider takutkan, yap benar dong, takut ditinggal teman saat berkayuh. sesiapa pun tidak mahu bila ditinggal oleh kumpulan apalagi kalau kita tidak tahu laluan yang perlu dilalui, aduh gawat. Memang benar, bila kita sedang berkonvoi pasti takut kalau kita ditinggal oleh rakan-rakan ketika berbasikal? 

Tips:
- sentiasa pastikan orang di belakang kita berada dalam pandangan kita
- digalakkan bawa wisel. Kalau tersesat, tiup wisel kuat-kuat bagi memudahkan pasukan mencari atau  rakan rider dapat menjejaki kita.
-Sebelum memasuki trail, mintalah peta laluan yang akan dilalui.
- Pastikan bateri telefon bimbit penuh dan kurangkan aktiviti mengambil gambar. bawa powerbank  jika ada.
-Bacalah doa sebelum berbasikal

# 5 -  Diterkam Binatang Buas
Para rider yang akan melakukan ekspedisi berbasikal di dalam hutan selalu dihantui oleh perasaan takut akan lintasan babi hutan yang secara tiba-tiba melintas trail yang dilalui atau melanggar ular yang sedang melalui jalan yang sama. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ini kerana hutan merupakan habitat binatang-binatang ini. kepekaan rider di barisan hadapan amat perlu dalam melihat bahaya atau jejak-jejak yang ditinggal oleh binatang-binatang ini. Aspek alatan mempertahan kan diri harus sentiasa ada pada setiap rider.

gambar KLMBH
Tips:
- Elakkan berbasikal seorang diri di dalam hutan, kerana jika berlakunya kecemasan, rakan-rakan boleh mendapatkan bantuan dengan seberapa segera.Bayangkan bila anda berbasikal seorang diri dan anda diserang oleh binatang buas, siapa yang akan menolong anda. 
p/s- Mr Tarzan dah berhirah ke bandar.
-Disarankan berbasikal pada awal pagi kerana jika berlaku kecemasan, ada masa untuk mendapatkan pertolongan. 
-Sebelum memasuki hutan , bacalah doa semoga aktiviti yang dijalankan  lancar dan tidak ada kejadian yang tidak inginkan.
- Kalau kita terserempak dengan binatang buas secara tidak sengaja, renung matanya kemudian baca "salamu alaa nuhim, fil alamin, innakahamii dun majidd". InsayaAllah, binatang tu tak berani bertentang mata dengan kita kemudian lari meninggalkan kita. 

KLIK SINI bebaskan perjalanan trail kita dari gangguan





Teknik keluar dan masuk barang ke Siam tanpa Cukai


Zali menyeberang sempadan Thailand dengan menunggang basikal. Dia turut membawa dua beg besar. Polis menahan dan menyoalnya.

“Apa di dalam beg awak tu?”

“Pasir,” jawab Zali selamba.

Polis yang tidak puas hati tu menyuruh Zali menuang pasir ke tanah. Tidak ada apa-apa di dalamnya. Ia memang betul pasir.

Begitulah keadaan Zali tiap-tiap minggu selama tiga tahun dia berulang-alik ke sempadan Thailand.

Suatu ketika, polis itu bertemu Zali di sebuah kedai kopi.

“Hai, lama tak nampak?” sapa anggota polis itu.

“Ada kat kampung…dah malas nak masuk sempadan,” jawab Zali.

“Selama tiga tahun awak berulang-alik membawa beg pasir. Perbuatan awak itu membuatkan saya tertanya-tanya…apa sebenarnya yang awak seludup?” tanya polis itu.

“Basikal,” jawab Zali selamba.

“Aaaaa!!!Apaaa??? Basikal!!!” terpancut keluar air kopi yang baru diteguk polis tu.

sumber~ tokselampit67.wordpress.com