http://kencingrimau.com/

menghalau binatang seperti musang, tikus, cicak, lipas, tupai, ular, babi, anjing, kambing, lembu, kerbau, gajah, burung dan lain-lagi

Showing posts with label fun ride. Show all posts
Showing posts with label fun ride. Show all posts

Kayuhan Mencari Naga di Chini



       Kayuhan ini terbuka kepada semua peminat basikal bukit di seluruh negeri Pahang yang merupakan anjuran bersama PPD Pekan, Felda dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak Urusetia penganjur juga bertuah kerana even ini bantu oleh kelab basikal terunggul di daerah Pekan ini iaitu Edubike Club yang berpengkalan di kawasan Chini sendiri dibawah naungan En. Hamdan selaku pengerusi kelab yang menjadi salah seorang jawatankuasa teknikal even ini.
      Dipahamkan oleh rider yang telah menjalankan " Trek Scanning " , Trek ini menjanjikan suasana perjalanan Naga yang luar biasa. pengalaman kayuhan merentasi denai berkabus seperti berada di dunia Naga Tasik Chini. Ia seperti menaiki bot pelancong mengelilingi pulau yang penuh dengan pokok aneh.
Maklumat terperinci seperti dibawah :

       Tarikh : 6 Ogos 2016
       Jam     : 8.30 pagi
       Flagoff : SMK Chini 2
       Jarak Trek : 25km

       Tarikh tutup pendaftaran : 27.7.2016

Maklumat lanjut, Hubungi

Saiful Hafizan 013 911 2800
atau
Siti Zaleha 012 965 2858

Kayuhan Mencari Naga di Chini



       Kayuhan ini terbuka kepada semua peminat basikal bukit di seluruh negeri Pahang yang merupakan anjuran bersama PPD Pekan, Felda dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak Urusetia penganjur juga bertuah kerana even ini bantu oleh kelab basikal terunggul di daerah Pekan ini iaitu Edubike Club yang berpengkalan di kawasan Chini sendiri dibawah naungan En. Ramdan selaku pengerusi kelab yang menjadi salah seorang jawatankuasa teknikal even ini.
      Dipahamkan oleh rider yang telah menjalankan " Trek Scanning " , Trek ini menjanjikan suasana perjalanan Naga yang luar biasa. pengalaman kayuhan merentasi denai berkabus seperti berada di dunia Naga Tasik Chini. Ia seperti menaiki bot pelancong mengelilingi pulau yang penuh dengan pokok aneh.
Maklumat terperinci seperti dibawah :

       Tarikh : 6 Ogos 2016
       Jam     : 8.30 pagi
       Flagoff : SMK Chini 2
       Jarak Trek : 25km

       Tarikh tutup pendaftaran : 27.7.2016

Maklumat lanjut, Hubungi

Saiful Hafizan 013 911 2800
atau
Siti Zaleha 012 965 2858

Kayuhan Maut El-Nino di Pekan

Kayuhan musim kemarau, pengekalan hidrasi dalam badan perlu di ambil berat. ini bagi melicinkan aktiviti bersukan dan sihat tanpa kesan memudaratkan.
Persediaan yang betul diperlukan bagi mengekalkan hidrasi di sepanjang waktu tersebut. 
  • 2 jam sebelum aktiviti : Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum aktiviti : Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam aktiviti anda.
  • Semasa aktiviti lasak : Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.
Edubike Chini telah menganjurkan funride pada 10 April yang lalu di Bukit Manja lombong besi tinggal di Chini, seramai 15 orang rider telah menyahut cabaran kayuhan El-nino ini untuk mengukur tahap hidrasi yang akan dialami dengan persediaan pengekalan hidrasi seperti suhu normal. 
     Seawal 8.30 pagi rider bergerak dari bandar Chini ke Lombong Aras Kuasa dengan berbekalkan air kosong 1 liter setiap orang.
     Terbukti !! separuh daripada rider kehabisan air diseparuh perjalanan menuju ke puncak walaupun ketika itu baru menginjak sekitar 10 pagi. Suhu cuaca ketika itu sekitar 35C dengan pancaran cahaya matahari secara terus, keadaan trek yang berbatu kerikir menambah rasa peritnya.

Adakah Air Kosong Merupakan Pilihan Terbaik?

Ada masa-masanya tidak semestinya meminum air minuman atau air kosong sahaja. Dalam kes-kes tertentu minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik. Jenis-jenis air begini mangandungi potassium dan juga sodium, yang membantu memastikan elektrolit dalam tubuh berada pada tahap konsentrasi yang betul.

Malah ada juga minuman untuk bersukan yang mengandungi glukos tambahan untuk memberi tenaga. Oleh itu ia membantu mengekalkan kualiti prestasi senaman jika anda mahu bersenam dalam jangkamasa yang lebih panjang.


Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan kualiti prestasi yang mendadak.
Gabungkan kedua-dua

Secara amnya, air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tambahan pula jika anda beraktiviti sukan dalam persekitaran yang panas, menyebabkan anda akan lebih banyak berpeluh. Di sinilah anda memerlukan minuman bertenaga selepas 30-45 minit beraktiviti, untuk memastikan tubuh mendapat gantian elektrolit yang diperlukan.

Oleh itu pastikan bersedia sepenuhnya dalam menjaga keperluan hidrasi tubuh setiap kali melakukan aktiviti ini.

                                      

keadaan trek berbatu tajam yang membentuk alur laluan air 

alur tanah yang besar dan panjang serta dalam memaksa penunggang untuk mengambil keputusan menolak dan mengangkat basikal



kumpulan terakhir sampai di pertengahan Bukit Manja
dari kiri blogger hafifi,edubike member dan berdiri Pengerusi Edubike Cikgu Medan

Puncak Bukit Manja yang disekeliling nya tiada pokok besar untuk berlindung, 

                                                                                                         Sumber gambar FB Cikgu Medan

Aboriginal Village Trail











Pahang Riverside Leisure Ride

MTB Funride di sekitar sisir Sg Pahang daerah Paloh Hinai
Ini adalah penganjuran pertama IKBN Pekan dan Kedua bagi saya selepas Camaraderie de ILP Jitra
Aktiviti ini adalah salah satu program Hari Sukan Negara yang diadakan di IKBN Pekan Pahang.
Jarak Kayuhan 20km yang merangkumi 80% laluan rata dan 20% laluan berbukit sekitar Paloh Hinai.

Antara laluan yang akan di lalui ialah 4km jalan raya , 12km laluan sisir Sg Pahang dan 4km laluan berbukit iaitu laluan tidak rasmi penduduk Orang Asli untuk ke Pekan.

Yang Menarik Fun Ride ini adalah tiada yuran penyertaan dikenakan disamping GOODIES untuk 50 penyertaan awal. Kebajikan peserta tidak dilupakan oleh pihak penganjur dimana makan dan minum tengahari disediakan.

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi : En Hafifi 010-8171492 & En. Zali 019-2342411


Peta Laluan dan gambar akan dikemaskini kemudian. buat sementara ini ia boleh dirujuk didalam blog klik sini dan sini

Trek Balak" MTB" Under Construction

Assalamualaikum dan salam sejahtera. trek ini ialah bekas laluan lori balak mengangkat hasil alam keluar dari hutan, hanya masyarakat orang asli serta orang tempatan saja yang masuk selepas itu untuk mencari hasil hutan. Laluan ini bersebelahan dengan IKBN Pekan dan jalan masuk nya bertentangan dengan jalan masuk ke kg Arong . Keadaan muka bumi memang mencabar berbukit bukau dan tidak terlepas dengan rekahan tanah akibat hujan yang mengundang bahaya jika leka.
seperti sedia maklum, Masyarakat orang asli merupakan penduduk asal kawasan hutan, maka tak hairan, sepanjang mencari trek MTB ini, saya menemui begitu banyak denai atau "lorong tikus". Langkah terbaik ialah menandai lorong yang dimasuki, ia mengurangkan peratusan didalam hutan tebal ini.

Bagi yang beragama Islam, Amalkan zikir ini sebelum memasuki hutan

AL HAFIIZHU  Ertinya Yang Maha Memelihara.

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
Trek Balak 1 : Jalan Masuk ke jalan Balak Lama
Kategori : Cross Country
Jarak : 8 km
Masa : 45minit

Rider : IKBN Pekan Cycling Club - Aku


Trek Arong Paloh Hinai Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. entri kedua aku bulan ini ialah untuk memperkenalkan laluan Orang Asli di sekitar Paloh Hinai Pekan Pahang. tidak terkira laluan mereka ini, banyak kali sesat dibuatnya . trek ini diperkenalkan oleh rakan IKBN Pekan Cycling Club Mr Ong yang mendapat nasihat dari Pekerja Kontrak (Orang asli ).


Trek 1 : Taman Selasih - Kg Arong ( Perkampungan Orang Asli )
Kategori : Cross Country
Jarak : 6 km
Masa : 30 minit sahaja

Rider : IKBN Pekan Cycling Club - Aku , Taib , En Zali , En. Faizal , En. Ridzuan dan Mr Ong






lebih detail pm saya : https://www.facebook.com/haf.ifi.77




Trek Santai Pekan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. entri aku bulan ini ialah untuk memperkenalkan trek santai MTB di Pekan Pahang . trek ini  diperkenalkan oleh rakan IKBN Pekan Cycling Club En. Zali. Ternakan Ikan Patin ada disepanjang jalan ini, so jgn lepas kan peluang ini untuk melihat sendiri cara ternakan ini secara percuma dari atas tebing

Trek 1 : jalan tepi Sungai Pahang Paloh Hinai
Rider : Aku , Taib and En. Zali


starting point boleh dimula di lorong sebelah klinik paloh hinai dan berakhir di Kawasan Perkuburan Islam Pulau Rumput. Namun di sepanjang jalan ini , banyak terdapat lorong-lorong kecil  yang dapat menghubungkan dengan jalan utama paloh hinai-pekan

Jalan yang dapat memuatkan sebuah kereta


panorama pagi didalam Sg Pahang yang dapat dinikmati di penghujung jalan berhampiran dengan kawasan perkuburan Islam Pulau Rumput


Chini Lake Solo Ride

Trip : Paloh Hinai Pekan - Tasik Chini 30km
Rider : seorang jek
Tarikh : Febuari 2015





Genting Siam

Trip : Sadao-khao nam kang 40Km
rider : 15 org .. gerek ilpjitra + Redflag + UniMap
Tarikh :Jun 2014






Gua komunis khao nam kang




Jelajah Berbasikal Selatan Thailand siri 1

Tarikh : 13 September - 16 September 2013
Masa bertolak - 6.30pagi
Tempat bertolak : ILP Jitra
Rider - aku . Abg Lie dan Ir Halim

Untuk kali pertama setelah sekian lama meninggalkan dunia touring ini, aku kembali semula secara perlahan-lahan dengan menggunakan basikal jenis MTB yang sering dilanyak dengan laluan berbukit serta lasak dalam penyertaan jamboree atau kayuhan hujung minggu. tiada sebarang bahagian yg ditukar untuk jelajah ini dan banyak pula yang ditambah untuk melengkapkan fungsi basikal touring. antara alatan yang ditambah ialah Rear Rack bersama Truck Bag , Quick Stand dan Handle Bag Bracket yang dibuat sendiri untuk pelbagai kegunaan.
Persedian dibuat 1 bulan sebelum bertolak ke Thailand. persedian ini meliputi pembuatan Handle Bag Bracket pelbagai kegunaan yang mengambil masa yang lama berikutan kekangan kerja.

Hari Pertama 13 sept 13
Kami bertolak kira-kira jam 6.30 pagi dengan menaiki Pick-Up kawan sekerja ke Wang Kelian atau lebih dikenali di Sempadan sebagai Wang Prachan.
mengemaskini basikal diatas pick-up supaya tidak dilambung ketika perjalanan.


bersarapan di kedai makan patani yang terletak antara Pejabat Imigresen Malaysia dan Thailand

Cuaca ketika itu agak mendung, dipaham kan serta sudah paham ketika itu di utara semenanjung memang time hujan. ini dibuktikan oleh pegawai Imigresen Thailand bahawa memang hujan. baju hujan yang dibawa diletak dibahagian yang mudah diambil jika hujan  mengejut.
heheh terbukti kira-kira 2km dari sempadan hujan tiba-tiba turun dengan lebatnya, nasib baik Papan Tanda  Taman Negara yang berbumbung menyelamat keadaan. Hampir 45minit kami terkandas disini. 

setelah hujan menjadi renyai-renyai, kami menyambung perjalanan ke destinasi pertama kami iaitu Pantai Pak Bara yang berjarak kira-kira 74km. suasana sepanjang jalan yang dilalui tak ubah mcm di malaysia, cumanya jalan nya agak lebar serta ruang jalan motor yang lebar juga walaupun penempatan kiri kanan jalan adalah hutan dan kampung kecil.

berehat sambil berposing sebentar di pertengahan jalan bagi mengambil nyawa

setelah lebih 5 jam berkayuh, kami sampai di Pantai Pak Bara. kelajuan mengayuh mulai perlahan kerana kepenatan disamping angin laut yang bertiup ditepian mengasak gerak kayuhan kami. Mata mula menjuling mencari tempat penginapan yang pemandangan cantik. 

Nama chalet yang sukar diucap dengan kata-kata tetapi cukup dgn sekeping gambar.

Chalet penginapan berhadapan dgn pantai

layan perasaan penat dulu

tanggalkan beg dari basikal sebelum  ronda kawasan dan cari tempat nak makan

Pada awal perancangan, kami bercadang untuk ke Taman Negara Tarutao. tapi setelah berbual dgn taukey kedai makan tempat kami makan tu. kami terpaksa membatalkan kerana pertama tiada bot harian yang pergi kesitu dan jika handak pergi perlu meyewa sebiji bot yang harga nya agak mahal. bermakna kos sara hidup kami juga akan bertambah. ini bertentangan dengan Tema touring kami ketika itu iaitu "kurangkan kos sebanyak yang boleh". 

hahah cover 1 hari tak makan nasi

layan teh tarik Pak Bara.. untuk pengetahuan kebanyakkan kedai di Pak Bara akan tutup pada jam 10mlm waktu Thailand.. maknanya kena tapau jika nak overnite di tepian pantai.


Hari ke-2 14 sept 13

Destinasi yang bakal dijelajah ini adalah destinasi pilihan ke-2 setelah pilihan pertama Tarutao gagal ditembusi dek kekangan kewangan. Destinasi nya adalah Bandar Satun yang terletak kira-kira 61km sahaja. dan cukup masa untuk pulang pada hari ke-3 pulang ke Jitra dimana jarak ke border Wang Prachan adalah 40KM seterusnya Jitra adalah 80KM

Jeti untuk ke pulau sekitar Pak Bara seperti Koh Lipe, Tarutao dll

jalan 4 laluan yang lengang dgn kenderaan

Cuaca agak panas pada hari ke-2 ini memaksa aku untuk memakai sarung muka " mcm org mesin rumput tepi highway" serta topi paling murah yang baru dibeli dgn harga 50bath di kedai cerdermata di Jeti Pak Bara.

Berhenti makan tengah hari di kedai makan sebelum simpang ke Satun. kami memilih kedai yang diluar kawasan pekan untuk menge safe budget.

Kategori minyak di Stesen Minyak Thailand

air minuman mcm air bateri ( 6 kok sahaja ) kalau di malaysia mcm 60 sen la. terima kasih Mak Cik Kedai ni kerana sudi belanja Seiikat Pisang Bunga.

kami sampai di bandar Satun kira-kira 4 ptg dan terus mencari hotel. kami bernasib baik kerana hotel yang diperolehi berhampiran dgn tapak pasar mlm dimana pada mlm tersebut adalah harinya.

bergambar dihadapan kolej teknikal Satun dimana kami pun kerja di sektor yg sama

Hari ke-3
 Hari ini merupan hari untuk pulang ke Tanah Air. sebagai kenangan Rakan se touring singgah sebentar di gerai baju.


apabila tiba di persimpangan Wang Kelian dan Had Yai , kami telah menukar perancangan untuk ke Had Yai, bermakna tambah 1 hari lagi untuk berada di Negara Gajah Putih ini. Dengan itu kami terpaksa bergerak dengan lebih laju sedikit untuk sampai ke Had yai bagi mengelak sampai pada waktu malam. Dikhabar kan ketika itu bahawa Rakan Touring dari Selangor akan bermalam di Had Yai. ini peluang keemasan untuk berjumpa dan berkenal-kenalan.. ye la kat Utara terlalu sedikit atau jarang-jarang untuk diketemui geng touring ni. semuanya layan bukit dan Road Bike


sebab terlalu laju akhirnya terlena di wakaf org kampung

di Had Yai kami berpeluang bermalam di rumah rakan cyclist dimana rumah nya itu hanya rumah untuk letak lori tut tut nya serta perniagaan bundle jersey basikal yang original dari luar negara


Mcm rumah sendiri lak.. heheh

Hari ke-4
merupakan hari terakhir dan hari untuk pulang ke tanah air. pada hari ini juga geng Wak aka abd rahim seramai 5 org akan ber touring bersama2 dgn kami ke Sadao Border atau Bkt Kayu Hitam Border.

menunggu tuan rumah datang mengambil kunci rumah


berhenti mengalas perut di seven E kerana sepanjang perjalanan dari pusat bandar Hadyai tiada tanda-tanda kedai makan org Islam kelihatan. ketaq kaki dibuatnya

Wak aka Abd Rahim team dari Selangor


akhirnya jumpa gak kedai org islam yang lebih kurang 5 km dari seven E yang kami berhenti tadi.. apa yang dipelajari hari ini.. kalau buat pesanan makanan kena buat mcm org bisu, jgn anggap mereka paham apa yang kita cuba sampaikan. Sifat org siam kalau datang 8 org, dia akan masak utk 8 org. so jika nak order tu bagi se clear2 nya.. tidak karang order 3 ja yang datang 8 .. tak ke terpaksa nak dimakan.

Ayim " geng Wak" terlalu laju sehingga lock crank longgar 


setelah diasak dengan 3-4 bukit , rombongan kami surender sebentar di bus stop kerana ada 2 bukit lagi dihadapan nun. jarak nak sampai di Sadao Border kalau dilihat batu jalan lebih kurang 2km ja lagi.