5 perkara paling digeruni oleh MTB Rider

        Meneroka hutan bersama basikal merupakan aktiviti yang paling digilai oleh peminat-peminat sukan berbasikal lasak, dengan berbasikal dari bukit ke bukit yang lain, kita akan merasa nikmat paling maksima apabila sampai di puncak nya dan teruja bak gerun roller coaster apabila menuruni bukit. Aktiviti berbasikal meneroka hutan atau mengikut trail yang biasa dilalui sudah menjadi perkara biasa kepada penunggang basikal bukit atau MTB, seorang 'Rider" yang berpengalaman pasti sudah tahu arah atau laluan, perlengkapan dan lain-lain. Meneroka atau menjelajah dalam hutan biasanya dilakukan oleh satu kumpulan yang disertai tiga hingga lima orang "rider" atau lebih serta berbasikal secara bersama-sama bahkan ada juga yang berbasikal dengan seorang diri.

            Namun buat para 'rider' , apa yang mereka takut ketika sedang berbasikal di dalam hutan? Mungkin tidak ada yang mereka takutkan kecuali takut tersesat ketika sedang meneroka atau mengikut laluan yang telah dibuat oleh peneroka sebelumnya. Ternyata 'rider' tidak hanya takut tersesat saja, masih ada lagi ketakutan-ketakutan yang sering menghantui para 'rider'. Apakah perkara yang digeruni apabila memasuki hutan atau ladang penanaman seperti kelapa sawit dan getah ? Berikut 5 perkara yang selalu terngiang-ngiang di fikiran para 'rider MTB' :

# 1 Takut Tersesat
Ini poin yang paling, paling, paling sering ditakuti oleh para rider ketika berkayuh didalam hutan, Seorang rider sangat takut tersesat saat berkayuh, entah secara bersama-sama ataupun dengan sendirian. Seorang rider yang ingin memasuki trail yang tidak pernah dilalui haruslah meneliti kawasan sekitar dengan membuat " map Study ". Ini bagi persediaan jika berlaku perkara yang tidak diduga. 

Tips:
- Sebelum memasuki trail, mintalah peta yang akan dilalui.
- Bacalah doa sebelum melakukan aktiviti.

# 2 kehabisan bekalan minuman
Mungkin ini jarang dipikirkan oleh rider MTB, namun ini kenyataannya yang sering ditakuti apabila trail yang dilalui berbukit bukau yang mekehendaki para rider sentiasa minum air untuk hidrasi tubuh. Air didalam hutan adakah selamat untuk diminum, bagaimana dengan pemilihan punca mata air ? jika ada rakan yang mahir dengan teknik survival hidup, ia merupakan bonus pada kumpulan tersebut, jika tidak ia merupakan mimpi ngeri pada kumpulan itu.

                 Sumber scetizwisata
Tips:
-Sebelum memasuki hutan, bawalah makanan tenaga seperti coklat bar dan minuman secukupnya
-Pada saat berbasikal, anda harus makan, makanlah seperlunya jangan dihabiskan semua. Jaga-jaga bila anda mau makan lagi.
-Disarankan sebelum memasuki hutan, berdoa supaya selamat. 

# 3 Takut Ada Hantu
Dalam hutan memang banyak makhluk sebenarnya yang tinggal kat situ terutamanya hutan dara. kawasan hutan yang diusahakan  penanaman kelapa sawit atau getah juga tidak terlepas kerana ia merupakan tempat asal mahkluk-mahkluk ini . Oleh sebab itu, kita kena berhati-hati. 

Tips:
- Melaungkan azan dengan kuat sekiranya kita diganggu oleh makhluk halus atau terserempak    dengan binatang liar yang cuba hendak menerkam ke arah kita.
- jangan berpecah atau jalan sorang-sorang sebab iblis boleh ganggu kita dengan menutup pandangan    kita
- jangan buang air ikut suka hati sebaliknya pastikan tempat yang kita buang itu di tempat yang    bersemak sikit

KLIK SINI  jika mahu kediaman bebas dari haiwan liar

# 4 Takut Ditinggal Oleh kumpulan
Ini merupakan salah satu hal yang para rider takutkan, yap benar dong, takut ditinggal teman saat berkayuh. sesiapa pun tidak mahu bila ditinggal oleh kumpulan apalagi kalau kita tidak tahu laluan yang perlu dilalui, aduh gawat. Memang benar, bila kita sedang berkonvoi pasti takut kalau kita ditinggal oleh rakan-rakan ketika berbasikal? 

Tips:
- sentiasa pastikan orang di belakang kita berada dalam pandangan kita
- digalakkan bawa wisel. Kalau tersesat, tiup wisel kuat-kuat bagi memudahkan pasukan mencari atau  rakan rider dapat menjejaki kita.
-Sebelum memasuki trail, mintalah peta laluan yang akan dilalui.
- Pastikan bateri telefon bimbit penuh dan kurangkan aktiviti mengambil gambar. bawa powerbank  jika ada.
-Bacalah doa sebelum berbasikal

# 5 -  Diterkam Binatang Buas
Para rider yang akan melakukan ekspedisi berbasikal di dalam hutan selalu dihantui oleh perasaan takut akan lintasan babi hutan yang secara tiba-tiba melintas trail yang dilalui atau melanggar ular yang sedang melalui jalan yang sama. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ini kerana hutan merupakan habitat binatang-binatang ini. kepekaan rider di barisan hadapan amat perlu dalam melihat bahaya atau jejak-jejak yang ditinggal oleh binatang-binatang ini. Aspek alatan mempertahan kan diri harus sentiasa ada pada setiap rider.

gambar KLMBH
Tips:
- Elakkan berbasikal seorang diri di dalam hutan, kerana jika berlakunya kecemasan, rakan-rakan boleh mendapatkan bantuan dengan seberapa segera.Bayangkan bila anda berbasikal seorang diri dan anda diserang oleh binatang buas, siapa yang akan menolong anda. 
p/s- Mr Tarzan dah berhirah ke bandar.
-Disarankan berbasikal pada awal pagi kerana jika berlaku kecemasan, ada masa untuk mendapatkan pertolongan. 
-Sebelum memasuki hutan , bacalah doa semoga aktiviti yang dijalankan  lancar dan tidak ada kejadian yang tidak inginkan.
- Kalau kita terserempak dengan binatang buas secara tidak sengaja, renung matanya kemudian baca "salamu alaa nuhim, fil alamin, innakahamii dun majidd". InsayaAllah, binatang tu tak berani bertentang mata dengan kita kemudian lari meninggalkan kita. 

KLIK SINI bebaskan perjalanan trail kita dari gangguan





Categories: