Tumbuhan Beracun

           Entry minggu ini khas untuk Rider MTB dan penggemar aktiviti "jungle trekking" yang sering menerjah semak samun , hutan serta bukit bukau. "Tak kenal maka tak cinta" , "tak kena maka tak ambil tahu" tapi bila dah kena kelam kabut hendak ambil tahu.
    kalau boleh elak untuk Jungle Trekking, jika tidak boleh elak macam Rider MTB ketika turun bukit hendak buat macam mana.
read more
Jelatang

Bahagian yang beracun adalah bulu-bulu halus yang terdapat diseluruh permukaan tumbuhan ini. Bulu ini sangat putih dan tajam di hujungnya. Ia mudah tanggal dari permukaan tumbuhan tersebut dan melekat pada kulit. Akarnya menyebabkan cirit-birit jika dimakan atau diminum air rebusnya. Bulu ini dapat mencucuk pada kulit yang lembut kecuali di tapak tangan dan tapak kaki. Kesannya menyebabkan gatal, pedih serta bengkak-bengkak pada kulit. Kulit kanak-kanak sangat sensitif terhadap bulu jelatang ini.
Beberapa genus dan spesis lain yang dipanggil jelatang seperti jelatang gajah,Laportea setimulans (Urticaceae), jelatang bulan, Spahaerostylis malaccensis(Euphorbiaceae), jelatang ular, Tragia (Euphorbiaceae). Jelatang gajah adalah jenis yang paling kuat kesannya. Bulu-bulu tumbuhan tersebut boleh menyebabkan kesakitan yang kuat kepada mangsa.


Rengas






Bahagian yang beracun pada tumbuhan ini adalah getahnya yang keluar dari bahagian batang atau dahan. Apabila ditakekkan batang tumbuhan ini, akan keluar getah yang jernih dan bertukar menjadi warna hitam. Kesannya menyebabkan kepanasan, bengkak dan melecur jika tersentuh pada kulit. Tetapi sesetengah orang tidak alergik kepada getah ini tidak akan mendapat sebarang kesan.




Bunga Jepun

Keseluruhan pokok ini beracun terutamanya pada buah. Tumbuhan ini mempunyai bahan kimia seperti alkohid, saponin, tanin dan sebatian polifenolik serta glikosid sianogenik. Kematian pernah dilaporkan kerana memakan buahnya. Kesan yang dialami jika penggunaan secara dalaman adalah muntah, denyut nadi lemah, menggigil dan menyebabkan kematian. Sebiji buahnya sudah mencukupi untuk membunuh seorang manusia.


Klik sini untuk pendakian yang lebih selamat

Rawatan terkena racun tumbuhan
Langkah-langkah yang perlu diambil jika terkena/termakan tumbuhan beracun

1. Kenalpasti jenis tumbuhan tersebut.
2. Berapa banyak dan bahagian mana tumbuhan tersebut yang dimakan.
3. Berapa lama tumbuhan itu telah dimakan.
4. Lihat simptom yang terdapat pada mangsa seperti muntah, gatal, cirit-birit dan sebagainya.
5. Jika mangsa tidak muntah, masukkan jari ke dalam mulut mangsa sehingga muntah bagi mengeluarkan
    racun.
6. Beri mangsa minum air atau susu bagi melarutkan toksid yang ada dalam badan mangsa.
7. Bagi rawatan lanjut, bawa mangsa ke hospital




http://www.prn2.usm.my


Categories: