Kayuhan Maut El-Nino di Pekan

Kayuhan musim kemarau, pengekalan hidrasi dalam badan perlu di ambil berat. ini bagi melicinkan aktiviti bersukan dan sihat tanpa kesan memudaratkan.

Persediaan yang betul diperlukan bagi mengekalkan hidrasi di sepanjang waktu tersebut. 
  • 2 jam sebelum aktiviti : Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum aktiviti : Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam aktiviti anda.
  • Semasa aktiviti lasak : Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.
Edubike Chini telah menganjurkan funride pada 10 April yang lalu di Bukit Manja lombong besi tinggal di Chini, seramai 15 orang rider telah menyahut cabaran kayuhan El-nino ini untuk mengukur tahap hidrasi yang akan dialami dengan persediaan pengekalan hidrasi seperti suhu normal. 
     Seawal 8.30 pagi rider bergerak dari bandar Chini ke Lombong Aras Kuasa dengan berbekalkan air kosong 1 liter setiap orang.
     Terbukti !! separuh daripada rider kehabisan air diseparuh perjalanan menuju ke puncak walaupun ketika itu baru menginjak sekitar 10 pagi. Suhu cuaca ketika itu sekitar 35C dengan pancaran cahaya matahari secara terus, keadaan trek yang berbatu kerikir menambah rasa peritnya.

Adakah Air Kosong Merupakan Pilihan Terbaik?

Ada masa-masanya tidak semestinya meminum air minuman atau air kosong sahaja. Dalam kes-kes tertentu minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik. Jenis-jenis air begini mangandungi potassium dan juga sodium, yang membantu memastikan elektrolit dalam tubuh berada pada tahap konsentrasi yang betul.

Malah ada juga minuman untuk bersukan yang mengandungi glukos tambahan untuk memberi tenaga. Oleh itu ia membantu mengekalkan kualiti prestasi senaman jika anda mahu bersenam dalam jangkamasa yang lebih panjang.


Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan kualiti prestasi yang mendadak.
Gabungkan kedua-dua

Secara amnya, air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tambahan pula jika anda beraktiviti sukan dalam persekitaran yang panas, menyebabkan anda akan lebih banyak berpeluh. Di sinilah anda memerlukan minuman bertenaga selepas 30-45 minit beraktiviti, untuk memastikan tubuh mendapat gantian elektrolit yang diperlukan.

Oleh itu pastikan bersedia sepenuhnya dalam menjaga keperluan hidrasi tubuh setiap kali melakukan aktiviti ini.

                                      

keadaan trek berbatu tajam yang membentuk alur laluan air 

alur tanah yang besar dan panjang serta dalam memaksa penunggang untuk mengambil keputusan menolak dan mengangkat basikal



kumpulan terakhir sampai di pertengahan Bukit Manja
dari kiri blogger hafifi,edubike member dan berdiri Pengerusi Edubike Cikgu Medan

Puncak Bukit Manja yang disekeliling nya tiada pokok besar untuk berlindung, 

                                                                                                         Sumber gambar FB Cikgu Medan

Categories: ,