Masa tidak digalakkan berkayuh ?


Sering kali anda tertanya-tanya pada waktu dan ketika manakah yang sebenarnya tidak sesuai untuk beriadah berbasikal diluar.sebenarnya jawapannya adalah tidak ada.
Di bawah adalah waktu-waktu  sesuai dan memiliki kebaikan tersendiri menurut kajian daripada pakar yang berkaitan bidang ini.
Awal pagi: Menurut Ketua Jabatan Sains American Council on Exercise, Cedric Bryant, “bersenam pada waktu ini menguntungkan kerana kamu dah selesaikannya sebelum pergi bekerja”.

Midmorning: Menyediakan tubuh kamu untuk makan tengahari yang menyihatkan dan ianya mengekang pengeluaran hormon lapar, ghrelin.

Tengahari: Bersenam mengepam darah tambahan ke otak, lantas menghantar lebih oksigen dan nutrien ke neuron. Ia juga merangsang pengeluaran bahan kimia dan hormon yang memperbaiki daya tumpuan dan keupayaan untuk berunding.

Petang: Ia mengoptimumkan circadian rhythm yang membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

Lewat petang: Suhu badan paling tinggi waktu, jadi otot anda lebih fleksibel. Testosteron yang memuncak memberikan hasil lebih mantap.

Lewat malam: Melakukan kayuhan santai keliling taman atau kampung sebelum tidur merendahkan tahap kortisol dan mengurangkan rasa resah, jadi mudahlah anda nak lena.

Jadi, semua waktu ternyata sesuai untuk bersenam kecuali keadaan persekitaran yang bahaya seperti jerubu , ribut taufan serta bencana alam lain.

Categories: