Garam Bukit selepas SpareTube

Perjalanan berbasikal tidak akan lengkap, jika peralatan membaiki atau Tool kit tidak dibawa sekali. rasa kurang senang, fikiran bercelaru jika sesuatu berlaku kepada basikal ketika di pertengahan jalan.
tanpa ayat bunga-bunga yang merapu-rapi, saya disini ingin kongsikan benda yang semakin dilupakan atau tidak diketahui khasiatnya dalam banyak perkara dalam aktiviti riadah yg dilakukan, terutamanya yang melibatkan aktiviti kayuhan Offroad atau aktiviti x-treme lain.
Garam Bukit !

Antara khasiat garam bukit yang berpadanan dengan aktiviti luar ini ialah :

1 .Merawat mabuk perjalanan. Untuk merawat mabuk perjalanan, garam dicampur madu dan air dan minum sebelum memulakan perjalanan.

2 .Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

3. Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.

4 .Menghilangkan penat kerana kerja berat. Amalan orang-orang Melayu tradisional yang bertani, bersawah atau bertukang ialah meminum air sejuk yang dicampur garam.

5. Mengelak sihir/gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Garam yang dibaca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) ditabur di sekeliling khemah.

6. Mengubat orang yang diganggu jin. cara mengubatnya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

7. mematikan atau melemahkan Pacat atau Lintah. (tidak perlu untuk mencucuh dgn puntung rokok seperti kelaziman).

Garam Bukit ini mudah didapati di Pasaraya-pasaraya Besar.
nota :
-garam bukit ini hanyalah saranan sahaja, boleh juga guna garam laut tetapi dikhuatiri pengambilan kedalam badan secara berlebihan menimbulkan penyakit pula kerana kebanyakan garam laut adalah garam yg telah dimesin atau diproses seterusnya membentuk seperti kristal.
-sila dapatkan saranan dari Pakar yg berkenaan.

Categories: