Camaraderie de Cycling 2013
“Kayuhan Sahabat ILJTM”
Kira-kira 60 penunggang basikal yang datang dari pelbagai agensi
kerajaan dan swasta zon utara serta komuniti setempat telah mengambil bahagian
dalam Institut Latihan Perindustrian
(ILP) Jitra Camaraderie de Cycling (CdC)
2013 pada 27 April 2013 lalu, ini merupakan acara julung kalinya dianjurkan
oleh Persatuan Berbasikal ILP Jitra dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan
ILP Jitra menjadikan ia acara “Fun Ride”
pertama di Institut Latihan Jabatan
Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Utara. Bilangan
peserta dalam CdC ini pada awalnya hanya menyasarkan kira-kira 40 orang peserta
sahaja telah meningkat kepada 60 orang menjadikan ia sesuatu yang amat
membanggakan kerana berjaya menghimpun penunggang basikal bukit dari hampir
kesemua IL JTM dan Institut Kemahiran
Belia Negara (IKBN) Wilayah Utara.
Read more
Read more
Dengan jarak kayuhan kira-kira 41KM , ILP Jitra CdC membawa peserta dengan kayuhan pemanas badan
sebelum mengharungi laluan mencabar yang
bermula di
ILP Jitra ke Kg kepala Batu melalui jalan raya sebelum
memasuki laluan “OffRoad”.
Cuaca
mendung yang memberi tanda akan hujan
ketika berlepas sudah dapat dijangka. Hujan lebat melanda di sepanjang kayuhan
sehingga di laluan Sg Padang Terap Kg Kepala Gajah. Ketika memasuki Jalan berbatu
kecil, hujan sudah mulai reda.
Di laluan ini peserta disajikan dengan cabaran mendaki
jalan berbukit berkecerunan 10 – 30 %
sehingga berhenti di tempat rehat “Check Point” sebelum meneruskan
kayuhan melalui jalan raya di Jalan Perik dan Jln Bukit Wang dan terus ke laluan ladang getah, Peserta sekali lagi melalui laluan mencabar
dikawasan ladang getah dan keluar ke Perumahan
KEDA Jitra.
“Front
Derailleurs “ dan Rear
Derailleurs basikal sudah berbunyi dengan bunyian yang
kurang selesa, tanah selut menyaluti rantai, Hormon Adrelin sudah banyak
dirembeskan. Tempat penamat mula difikir-fikirkan , jarak kayuhan masih berbaki
kira-kira 6km. Peserta mula mengalami
kekejangan kaki dan kerosakan basikal.
Peserta yang tidak dapat meneruskan kayuhan dibawa dengan kenderaan Pacuan 4
Roda. Setelah 41km, peserta dari Kelompok terakhir tiba di ILP Jitra yang
mengambil masa kira-kira 3 jam selepas berlepas.
“Ini
adalah satu kejayaan bermakna pada penganjuran kayuhan basikal yang pertama ILP Jita yang memberi pelajaran
dan pengajaran untuk penganjuran pada masa hadapan”.kata Ir Mohd Halim Azhar
bin Mohd Yatim ,Pengarah ILP Jitra yang juga peserta kayuhan CdC ini. ILP Jitra
CdC ini juga dianjur sesuai dengan tema
Kementerian Belia Sukan pada Tahun 2013 iaitu “ Program Sihat Cergas”, disamping
memberi faedah tambahan dalam
mempromosikan ILJTM kepada masyarakat setempat. kata Ir Mohd Halim Azhar bin
Mohd Yatim. CdC 2013 telah mengukuhkan hubungan kita dengan masyarakat setempat
dan agensi awam dan swasta ." kata En. Khairil , Wakil Kelab Sukan Kebajikan ILP Jitra.
Categories:
CAMARADERIE