http://kencingrimau.com/

menghalau binatang seperti musang, tikus, cicak, lipas, tupai, ular, babi, anjing, kambing, lembu, kerbau, gajah, burung dan lain-lagi

Kayuhan Mencari Naga di Chini



       Kayuhan ini terbuka kepada semua peminat basikal bukit di seluruh negeri Pahang yang merupakan anjuran bersama PPD Pekan, Felda dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak Urusetia penganjur juga bertuah kerana even ini bantu oleh kelab basikal terunggul di daerah Pekan ini iaitu Edubike Club yang berpengkalan di kawasan Chini sendiri dibawah naungan En. Hamdan selaku pengerusi kelab yang menjadi salah seorang jawatankuasa teknikal even ini.
      Dipahamkan oleh rider yang telah menjalankan " Trek Scanning " , Trek ini menjanjikan suasana perjalanan Naga yang luar biasa. pengalaman kayuhan merentasi denai berkabus seperti berada di dunia Naga Tasik Chini. Ia seperti menaiki bot pelancong mengelilingi pulau yang penuh dengan pokok aneh.
Maklumat terperinci seperti dibawah :

       Tarikh : 6 Ogos 2016
       Jam     : 8.30 pagi
       Flagoff : SMK Chini 2
       Jarak Trek : 25km

       Tarikh tutup pendaftaran : 27.7.2016

Maklumat lanjut, Hubungi

Saiful Hafizan 013 911 2800
atau
Siti Zaleha 012 965 2858

Kayuhan Mencari Naga di Chini



       Kayuhan ini terbuka kepada semua peminat basikal bukit di seluruh negeri Pahang yang merupakan anjuran bersama PPD Pekan, Felda dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak Urusetia penganjur juga bertuah kerana even ini bantu oleh kelab basikal terunggul di daerah Pekan ini iaitu Edubike Club yang berpengkalan di kawasan Chini sendiri dibawah naungan En. Ramdan selaku pengerusi kelab yang menjadi salah seorang jawatankuasa teknikal even ini.
      Dipahamkan oleh rider yang telah menjalankan " Trek Scanning " , Trek ini menjanjikan suasana perjalanan Naga yang luar biasa. pengalaman kayuhan merentasi denai berkabus seperti berada di dunia Naga Tasik Chini. Ia seperti menaiki bot pelancong mengelilingi pulau yang penuh dengan pokok aneh.
Maklumat terperinci seperti dibawah :

       Tarikh : 6 Ogos 2016
       Jam     : 8.30 pagi
       Flagoff : SMK Chini 2
       Jarak Trek : 25km

       Tarikh tutup pendaftaran : 27.7.2016

Maklumat lanjut, Hubungi

Saiful Hafizan 013 911 2800
atau
Siti Zaleha 012 965 2858

LEPTOSPIROSIS Kencing Tikus Rumah

Ancaman Kencing Tikus Rumah
Ancaman yang jarang didengar tetapi sudah berleluasa.
Ancaman  yang membawa kepada penyakit LEPTOSPIROSIS
Ancaman yang berpunca dari air kencing tikus
Ancaman yang membawa kepada penyakit tenat.


Bagaimana jangkitan boleh berlaku
Minuman atau makanan dalam tin yang “MUNGKIN” pernah dilalui
atau terkena kencing tikus di gunakan terus tanpa dibasuh terlebih dahulu.

Dimanakah potensi terkena air kencing tikus ini ?
·         Stor penyimpanan makanan/minuman , kedai , dapur rumah dan dimana
·         saja tempat yang diletak makanan itu.
·         Tempat yang gelap seperti siling rumah
·         Bawah ,belakang perabot rumah
·         Luar rumah

Adakah ia boleh disebarkan.
Ya.
·         Tikus dan Mondok sebagai Hos Utama.
·         Anjing , arnab , lembu , biri-biri sebagai Hos Kedua.
·         Hos Kedua dijangkiti apabila binatang ini menjilat air kencing tikus yang mengandungi virus.

Siapa yang berpotensi dijangkiti ?
Potensi pertama : Veterinarian, pemilik dan pekerja kepada binatang belaan atau ternakan, pekerja  
                             penyembelihan, petani, pekerja kumbahan, ,mereka yang bekerja di rumah tinggal dan
                             mereka yang rumah nya banyak tikus.
Potensi Kedua : Semua orang jika tinggal atau melalui kawasan-kawasan yang ada potensi penyebaran.

Yakini dengan berdoa
Ya Allah,
Aku memohon kepadamu supaya menjauhi perkara-perkara yang tidak diingini ini

Berusaha dengan ikhtiar
Kita sebagai Potensi pertama atau kedua mesti mengambil langkah PENCEGAHAN serta
PENGAWALAN Kepada binatang-binatang ini.

Bagaimana ingin melakukan langkah pencegahan serta pengawalan ini ?
Wassup/Message / PM di ruang komen  sekarang !!
Hafifi – 0194642478
Hafifi – 0194642478
Hafifi – 0194642478

Seterusnya Jangan bazir masa anda dengan wassup/mesej pada saya ! JIKA
·         Rumah anda tiada tikus
·         Rumah anda tiada serangga kecil seperti lipas, cicak
·         Rumah anda langsung tiada bahan makanan
·         Tidak membela kucing
·         Tidak membela binatang ternakan.
·         Tiada longkang rumah
·         Kawasan berlumpur atau becak atau air bertakung
·         Rumah anda berada di tingkat 50 dan keatas
·         Rumah anda sudah memiliki sistem kawalan mahkluk perosak yang sudah berjaya.

Stok Produk pencegahan dan pengawalan ini berada di paras merbahaya.
So jgn tunggu dah kena baru nak cari.
Wassup/Message/ PM di ruang komen sekarang !!
Hafifi – 0194642478

Hafifi – 0194642478

5 perkara paling digeruni oleh MTB Rider

        Meneroka hutan bersama basikal merupakan aktiviti yang paling digilai oleh peminat-peminat sukan berbasikal lasak, dengan berbasikal dari bukit ke bukit yang lain, kita akan merasa nikmat paling maksima apabila sampai di puncak nya dan teruja bak gerun roller coaster apabila menuruni bukit. Aktiviti berbasikal meneroka hutan atau mengikut trail yang biasa dilalui sudah menjadi perkara biasa kepada penunggang basikal bukit atau MTB, seorang 'Rider" yang berpengalaman pasti sudah tahu arah atau laluan, perlengkapan dan lain-lain. Meneroka atau menjelajah dalam hutan biasanya dilakukan oleh satu kumpulan yang disertai tiga hingga lima orang "rider" atau lebih serta berbasikal secara bersama-sama bahkan ada juga yang berbasikal dengan seorang diri.

            Namun buat para 'rider' , apa yang mereka takut ketika sedang berbasikal di dalam hutan? Mungkin tidak ada yang mereka takutkan kecuali takut tersesat ketika sedang meneroka atau mengikut laluan yang telah dibuat oleh peneroka sebelumnya. Ternyata 'rider' tidak hanya takut tersesat saja, masih ada lagi ketakutan-ketakutan yang sering menghantui para 'rider'. Apakah perkara yang digeruni apabila memasuki hutan atau ladang penanaman seperti kelapa sawit dan getah ? Berikut 5 perkara yang selalu terngiang-ngiang di fikiran para 'rider MTB' :

# 1 Takut Tersesat
Ini poin yang paling, paling, paling sering ditakuti oleh para rider ketika berkayuh didalam hutan, Seorang rider sangat takut tersesat saat berkayuh, entah secara bersama-sama ataupun dengan sendirian. Seorang rider yang ingin memasuki trail yang tidak pernah dilalui haruslah meneliti kawasan sekitar dengan membuat " map Study ". Ini bagi persediaan jika berlaku perkara yang tidak diduga. 

Tips:
- Sebelum memasuki trail, mintalah peta yang akan dilalui.
- Bacalah doa sebelum melakukan aktiviti.

# 2 kehabisan bekalan minuman
Mungkin ini jarang dipikirkan oleh rider MTB, namun ini kenyataannya yang sering ditakuti apabila trail yang dilalui berbukit bukau yang mekehendaki para rider sentiasa minum air untuk hidrasi tubuh. Air didalam hutan adakah selamat untuk diminum, bagaimana dengan pemilihan punca mata air ? jika ada rakan yang mahir dengan teknik survival hidup, ia merupakan bonus pada kumpulan tersebut, jika tidak ia merupakan mimpi ngeri pada kumpulan itu.

                 Sumber scetizwisata
Tips:
-Sebelum memasuki hutan, bawalah makanan tenaga seperti coklat bar dan minuman secukupnya
-Pada saat berbasikal, anda harus makan, makanlah seperlunya jangan dihabiskan semua. Jaga-jaga bila anda mau makan lagi.
-Disarankan sebelum memasuki hutan, berdoa supaya selamat. 

# 3 Takut Ada Hantu
Dalam hutan memang banyak makhluk sebenarnya yang tinggal kat situ terutamanya hutan dara. kawasan hutan yang diusahakan  penanaman kelapa sawit atau getah juga tidak terlepas kerana ia merupakan tempat asal mahkluk-mahkluk ini . Oleh sebab itu, kita kena berhati-hati. 

Tips:
- Melaungkan azan dengan kuat sekiranya kita diganggu oleh makhluk halus atau terserempak    dengan binatang liar yang cuba hendak menerkam ke arah kita.
- jangan berpecah atau jalan sorang-sorang sebab iblis boleh ganggu kita dengan menutup pandangan    kita
- jangan buang air ikut suka hati sebaliknya pastikan tempat yang kita buang itu di tempat yang    bersemak sikit

KLIK SINI  jika mahu kediaman bebas dari haiwan liar

# 4 Takut Ditinggal Oleh kumpulan
Ini merupakan salah satu hal yang para rider takutkan, yap benar dong, takut ditinggal teman saat berkayuh. sesiapa pun tidak mahu bila ditinggal oleh kumpulan apalagi kalau kita tidak tahu laluan yang perlu dilalui, aduh gawat. Memang benar, bila kita sedang berkonvoi pasti takut kalau kita ditinggal oleh rakan-rakan ketika berbasikal? 

Tips:
- sentiasa pastikan orang di belakang kita berada dalam pandangan kita
- digalakkan bawa wisel. Kalau tersesat, tiup wisel kuat-kuat bagi memudahkan pasukan mencari atau  rakan rider dapat menjejaki kita.
-Sebelum memasuki trail, mintalah peta laluan yang akan dilalui.
- Pastikan bateri telefon bimbit penuh dan kurangkan aktiviti mengambil gambar. bawa powerbank  jika ada.
-Bacalah doa sebelum berbasikal

# 5 -  Diterkam Binatang Buas
Para rider yang akan melakukan ekspedisi berbasikal di dalam hutan selalu dihantui oleh perasaan takut akan lintasan babi hutan yang secara tiba-tiba melintas trail yang dilalui atau melanggar ular yang sedang melalui jalan yang sama. Kita tidak boleh menolak sebarang kemungkinan ini kerana hutan merupakan habitat binatang-binatang ini. kepekaan rider di barisan hadapan amat perlu dalam melihat bahaya atau jejak-jejak yang ditinggal oleh binatang-binatang ini. Aspek alatan mempertahan kan diri harus sentiasa ada pada setiap rider.

gambar KLMBH
Tips:
- Elakkan berbasikal seorang diri di dalam hutan, kerana jika berlakunya kecemasan, rakan-rakan boleh mendapatkan bantuan dengan seberapa segera.Bayangkan bila anda berbasikal seorang diri dan anda diserang oleh binatang buas, siapa yang akan menolong anda. 
p/s- Mr Tarzan dah berhirah ke bandar.
-Disarankan berbasikal pada awal pagi kerana jika berlaku kecemasan, ada masa untuk mendapatkan pertolongan. 
-Sebelum memasuki hutan , bacalah doa semoga aktiviti yang dijalankan  lancar dan tidak ada kejadian yang tidak inginkan.
- Kalau kita terserempak dengan binatang buas secara tidak sengaja, renung matanya kemudian baca "salamu alaa nuhim, fil alamin, innakahamii dun majidd". InsayaAllah, binatang tu tak berani bertentang mata dengan kita kemudian lari meninggalkan kita. 

KLIK SINI bebaskan perjalanan trail kita dari gangguan





Kayuhan Maut El-Nino di Pekan

Kayuhan musim kemarau, pengekalan hidrasi dalam badan perlu di ambil berat. ini bagi melicinkan aktiviti bersukan dan sihat tanpa kesan memudaratkan.
Persediaan yang betul diperlukan bagi mengekalkan hidrasi di sepanjang waktu tersebut. 
  • 2 jam sebelum aktiviti : Minum air sebanyak 450-600ml auns adalah anggaran yang sesuai.
  • 15 minit sebelum aktiviti : Kemudian minum lagi sebanyak 240-300ml. Ini akan memastikan anda berada dalam keadaan yang terhidrat, seterusnya memberi kualiti dalam aktiviti anda.
  • Semasa aktiviti lasak : Anda boleh minum 240ml air setiap 15 minit, untuk mengekalkan keperluan hidrasi tubuh anda.
  • Nota: Jika berada dalam cuaca yang sangat panas, anda boleh tambah sukatan air sebanyak 300-360ml setiap 15 minit.
Edubike Chini telah menganjurkan funride pada 10 April yang lalu di Bukit Manja lombong besi tinggal di Chini, seramai 15 orang rider telah menyahut cabaran kayuhan El-nino ini untuk mengukur tahap hidrasi yang akan dialami dengan persediaan pengekalan hidrasi seperti suhu normal. 
     Seawal 8.30 pagi rider bergerak dari bandar Chini ke Lombong Aras Kuasa dengan berbekalkan air kosong 1 liter setiap orang.
     Terbukti !! separuh daripada rider kehabisan air diseparuh perjalanan menuju ke puncak walaupun ketika itu baru menginjak sekitar 10 pagi. Suhu cuaca ketika itu sekitar 35C dengan pancaran cahaya matahari secara terus, keadaan trek yang berbatu kerikir menambah rasa peritnya.

Adakah Air Kosong Merupakan Pilihan Terbaik?

Ada masa-masanya tidak semestinya meminum air minuman atau air kosong sahaja. Dalam kes-kes tertentu minuman tenaga untuk bersukan adalah pilihan yang lebih baik. Jenis-jenis air begini mangandungi potassium dan juga sodium, yang membantu memastikan elektrolit dalam tubuh berada pada tahap konsentrasi yang betul.

Malah ada juga minuman untuk bersukan yang mengandungi glukos tambahan untuk memberi tenaga. Oleh itu ia membantu mengekalkan kualiti prestasi senaman jika anda mahu bersenam dalam jangkamasa yang lebih panjang.


Sekiranya tubuh anda kehabisan glukos, anda akan pitam atau pengsan dan menyebabkan penurunan kualiti prestasi yang mendadak.
Gabungkan kedua-dua

Secara amnya, air kosong berguna pada 60 minit pertama, selepas jangkamasa itu anda mungkin boleh memilih minuman bertenaga. Tambahan pula jika anda beraktiviti sukan dalam persekitaran yang panas, menyebabkan anda akan lebih banyak berpeluh. Di sinilah anda memerlukan minuman bertenaga selepas 30-45 minit beraktiviti, untuk memastikan tubuh mendapat gantian elektrolit yang diperlukan.

Oleh itu pastikan bersedia sepenuhnya dalam menjaga keperluan hidrasi tubuh setiap kali melakukan aktiviti ini.

                                      

keadaan trek berbatu tajam yang membentuk alur laluan air 

alur tanah yang besar dan panjang serta dalam memaksa penunggang untuk mengambil keputusan menolak dan mengangkat basikal



kumpulan terakhir sampai di pertengahan Bukit Manja
dari kiri blogger hafifi,edubike member dan berdiri Pengerusi Edubike Cikgu Medan

Puncak Bukit Manja yang disekeliling nya tiada pokok besar untuk berlindung, 

                                                                                                         Sumber gambar FB Cikgu Medan

Aboriginal Village Trail











Pahang Riverside Leisure Ride

MTB Funride di sekitar sisir Sg Pahang daerah Paloh Hinai
Ini adalah penganjuran pertama IKBN Pekan dan Kedua bagi saya selepas Camaraderie de ILP Jitra
Aktiviti ini adalah salah satu program Hari Sukan Negara yang diadakan di IKBN Pekan Pahang.
Jarak Kayuhan 20km yang merangkumi 80% laluan rata dan 20% laluan berbukit sekitar Paloh Hinai.

Antara laluan yang akan di lalui ialah 4km jalan raya , 12km laluan sisir Sg Pahang dan 4km laluan berbukit iaitu laluan tidak rasmi penduduk Orang Asli untuk ke Pekan.

Yang Menarik Fun Ride ini adalah tiada yuran penyertaan dikenakan disamping GOODIES untuk 50 penyertaan awal. Kebajikan peserta tidak dilupakan oleh pihak penganjur dimana makan dan minum tengahari disediakan.

Sebarang Pertanyaan boleh menghubungi : En Hafifi 010-8171492 & En. Zali 019-2342411


Peta Laluan dan gambar akan dikemaskini kemudian. buat sementara ini ia boleh dirujuk didalam blog klik sini dan sini

Trek Balak" MTB" Under Construction

Assalamualaikum dan salam sejahtera. trek ini ialah bekas laluan lori balak mengangkat hasil alam keluar dari hutan, hanya masyarakat orang asli serta orang tempatan saja yang masuk selepas itu untuk mencari hasil hutan. Laluan ini bersebelahan dengan IKBN Pekan dan jalan masuk nya bertentangan dengan jalan masuk ke kg Arong . Keadaan muka bumi memang mencabar berbukit bukau dan tidak terlepas dengan rekahan tanah akibat hujan yang mengundang bahaya jika leka.
seperti sedia maklum, Masyarakat orang asli merupakan penduduk asal kawasan hutan, maka tak hairan, sepanjang mencari trek MTB ini, saya menemui begitu banyak denai atau "lorong tikus". Langkah terbaik ialah menandai lorong yang dimasuki, ia mengurangkan peratusan didalam hutan tebal ini.

Bagi yang beragama Islam, Amalkan zikir ini sebelum memasuki hutan

AL HAFIIZHU  Ertinya Yang Maha Memelihara.

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.
Trek Balak 1 : Jalan Masuk ke jalan Balak Lama
Kategori : Cross Country
Jarak : 8 km
Masa : 45minit

Rider : IKBN Pekan Cycling Club - Aku


Trek Arong Paloh Hinai Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. entri kedua aku bulan ini ialah untuk memperkenalkan laluan Orang Asli di sekitar Paloh Hinai Pekan Pahang. tidak terkira laluan mereka ini, banyak kali sesat dibuatnya . trek ini diperkenalkan oleh rakan IKBN Pekan Cycling Club Mr Ong yang mendapat nasihat dari Pekerja Kontrak (Orang asli ).


Trek 1 : Taman Selasih - Kg Arong ( Perkampungan Orang Asli )
Kategori : Cross Country
Jarak : 6 km
Masa : 30 minit sahaja

Rider : IKBN Pekan Cycling Club - Aku , Taib , En Zali , En. Faizal , En. Ridzuan dan Mr Ong






lebih detail pm saya : https://www.facebook.com/haf.ifi.77




Trek Santai Pekan Pahang

Assalamualaikum dan salam sejahtera. entri aku bulan ini ialah untuk memperkenalkan trek santai MTB di Pekan Pahang . trek ini  diperkenalkan oleh rakan IKBN Pekan Cycling Club En. Zali. Ternakan Ikan Patin ada disepanjang jalan ini, so jgn lepas kan peluang ini untuk melihat sendiri cara ternakan ini secara percuma dari atas tebing

Trek 1 : jalan tepi Sungai Pahang Paloh Hinai
Rider : Aku , Taib and En. Zali


starting point boleh dimula di lorong sebelah klinik paloh hinai dan berakhir di Kawasan Perkuburan Islam Pulau Rumput. Namun di sepanjang jalan ini , banyak terdapat lorong-lorong kecil  yang dapat menghubungkan dengan jalan utama paloh hinai-pekan

Jalan yang dapat memuatkan sebuah kereta


panorama pagi didalam Sg Pahang yang dapat dinikmati di penghujung jalan berhampiran dengan kawasan perkuburan Islam Pulau Rumput


Chini Lake Solo Ride

Trip : Paloh Hinai Pekan - Tasik Chini 30km
Rider : seorang jek
Tarikh : Febuari 2015





Genting Siam

Trip : Sadao-khao nam kang 40Km
rider : 15 org .. gerek ilpjitra + Redflag + UniMap
Tarikh :Jun 2014






Gua komunis khao nam kang




yikebike basikal bandar





Tidak mahu terus dihimpit tekanan kesesakan jalan raya, Ramai golongan kelas pertengahan memikirkan alternatif pengangkutan lain untuk urusan kerjanya.
YikeBike ialah basikal elektrik yang mempunyai reka bentuk moden bersaiz kecil dan unik. Produk inovasi teknologi dari New Zealand ini dikendalikan YikeBike Ltd.
Diadaptasi daripada basikal klasik, Penny Farthing, ia mempunyai roda besar di bahagian hadapan dan kecil di bahagian belakang.
Rekaan fizikal YikeBike begitu futuristik sehingga anda akan berasa seperti melihat kenderaan masa hadapan dalam filem Hollywood.

CEPAT DAN JIMAT
“Inovasi terbaharu ini antara penyelesaian terbaik kesesakan lalu lintas dan amat sesuai untuk mereka yang menghargai masa. Sebagai contoh, pengguna LRT tidak perlu buang masa cari tempat letak kereta.
 Berat Yikebike adalah antara 11 hingga 14 kilogram. Ia boleh dilipat serta disimpan di dalam beg yang disediakan dan ini memudahkan untuk membawa basikal ini ke mana-mana sahaja.

Malahan, pada tahun 2011, basikal ini memperoleh pengiktirafan Guinness Book of World Records sebagai basikal elektrik paling ringan, kecil dan mudah lipat di dunia.
Berkelajuan maksimum 23 kilometer sejam, produk New Zealand ini ternyata memudahkan Mohd Fadzil untuk sampai ke destinasi berdekatan ataupun ke stesen komuter, monorail dan teksi awam.
YikeBike hanya menggunakan bateri litium ion 450 watt untuk menggerakkannya, justeru, basikal ini boleh dijadikan pilihan untuk menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

“tidak perlu beli petrol, tidak perlu bayar tol. Ia juga tidak memerlukan lesen atau cukai jalan.
“Untuk melipat basikal ini hanya memerlukan masa 15 hingga 20 saat. Bateri basikal ini boleh dicas di soket elektrik di rumah atau di mana-mana sahaja.
“Bateri basikal juga boleh dicas menggunakan power bank yang biasa digunakan untuk mengecas gajet seperti telefon.
Bateri Yikebike hanya memerlukan 50 minit untuk dicas sepenuhnya dan ia boleh bergerak sejauh 12 kilometer sebelum perlu dicas semula. Bagaimanapun, ini bergantung juga kepada penggunaannya.
SELAMAT DAN SELESA
Melihat kepada bentuk fizikal Yikebike, mungkin ada yang mempersoalkan faktor keseimbangan basikal ini serta aspek keselamatannya.
Menurut penggunanya, rekaan basikal elektrik itu dikaji dengan teliti dengan penekanan diberi kepada struktur fizikal supaya tidak membahayakan penunggang.
Turut diambil kira ialah faktor keseimbangan dengan memberi kelainan kepada kedudukan hendal.
Berbanding basikal biasa, hendal YikeBike yang diletakkan di bahagian belakang tempat duduk sebenarnya mampu memberikan keselesaan kepada penunggang.
“Rekaan hendal ini membuatkan penunggang lebih relaks seolah-olah duduk di atas kerusi. Pemandangan pun lebih luas dan ini membantu penunggang untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Yikebike yang boleh dianggap mesra alam turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti lampu sisi, lampu brek, hon dan lampu kecemasan.
Ia juga mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan boleh digunakan di jalan raya tanpa sebarang masalah.
Penunggang bagaimanapun disyorkan tidak mengabaikan pemakaian topi keledar.
MAMPU MILIK?
Walaupun basikal ini dianggap sebagai praktikal, ramai yang menggelengkan kepala sebaik sahaja mendengar harga iaitu antara RM8,999 hingga RM15,999, bergantung kepada kategorinya.
Berdasarkan spesifikasi dan kecanggihan teknologi YikeBike yang terbahagi kepada tiga jenis, Fusion, Synergy dan Fully Carbon, ia boleh dianggap pembelian berbaloi untuk jangka masa panjang.
Selain menjimatkan masa dan perbelanjaan harian, ia juga memberikan kepuasan berganda kepada penunggang.
Penjagaan YikeBike tidak sukar. Cuma, selepas menggunakannya perlulah disimpan dengan baik di dalam beg disediakan.
TREND BASIKAL
Meskipun berbasikal banyak kebaikannya untuk kesihatan, namun masih ramai yang tidak mengamalkannya.
Mungkin ada yang tidak mahu ke pejabat dalam keadaan berpeluh dan terpaksa membersihkan diri sekali lagi.
Ada juga yang mengambil kira faktor jarak perjalanan dan cara pemanduan masyarakat yang mungkin membahayakan keselamatan mereka.
“ YikeBike masih pilihan terbaik untuk mereka yang ingin berbasikal ke pejabat atau kolej dalam keadaan tidak meletihkan kerana tidak perlu dikayuh.
Hanya dengan menekan suis, basikal elektrik ini akan bergerak ke mana sahaja destinasi yang anda inginkan.
Sama ada anda menunggang Yikebike atau apa jua basikal, pilihan ini menepati saranan mengamalkan budaya sihat di samping mempunyai satu lagi pilihan pengangkutan.
Kerajaan melaksanakan pelbagai kempen seperti ‘Pagi Bebas Kenderaan’ yang dijalankan pada hari Ahad pertama setiap bulan, ‘KL’s Night Ride’ dan program konvoi berbasikal.
Ia bukan sahaja membantu mengurangkan pelepasan asap karbon dioksida tetapi dapat memupuk budaya melestarikan alam sekitar.
-Bernama

Susulan kehilangan Pesawat MH370: Bagaimana jangkahayat dan keupayaan sesuatu pesawat dikira



Ramai yang pasti menyangka bahawa kemampuan terbang sesebuah pesawat adalah berdasarkan kepada jumlah tahun ia digunakan.
Namun, itu bukan penanda aras yang betul.
Kemampuan terbang sesebuah pesawat ditentu berdasarkan kitaran tekanan (pressurization cycles) yang dilalui sesuatu pesawat.
Setiap kali sesebuah kapal ‘ditekan’ ketika penerbangan, bahagian badan utama dan sayapnya akan merasai tekanan yang amat tinggi.
Bahagian badan utama dan sayap dibuat menggunakan plat besi yang besar yang diketatkan menggunakan ‘fasteners dan rivets’.
Selepas beberapa lama, akan wujud retakan di sekeling fasteners dan rivets berkenaan akibat kelelahan logam (metal fatigue) yang berpunca daripada kitaran tekanan yang berulang.
Umumnya, jangka hayat sesuatu pesawat ditetapkan oleh syarikat pengeluar pesawat itu sendiri yang akan menyediakan jadual penyelengaraan yang harus diikuti.
Syarikat penerbangan yang patuh sepenuhnya dengan jadual berkenaan akan mengurangkan risiko kemungkinan berlaku kecelakaan di udara. Namun, sekadar patuh pada jadual penyelengaraan sahaja bukan jaminan mutlak.
Kitaran tekanan akan dirasai ketika sesuatu kapal terbang berlepas atau mahu mendarat.
Kapal terbang yang digunakan untuk laluan jauh kurang mengalami kelelehan logam berbanding yang kerap berlepas dan mendarat bagi laluan singkat.
Disebabkan itu, ada kapal yang sudah berusia 20 tahun masih digunakan kerana ia kerap digunakan untuk laluan jauh menyebabkan kurangnya berlaku kelelahan logam. –                                          
  MYNEWSHUB

Riders must read this ! STROK HABA Di Musim Panas



Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.
“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.
“Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam,” kata Dr Noor Hisham kepada Bernama.
suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabkan seseorang itu koma dan boleh membawa kematian.
Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini menyatakan keadaan cuaca panas dan kering melanda negara ketika ini agak tinggi berbanding tempoh sama tahun lepas dan dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac ini.
Pendedahan berpanjangan kepada cuaca dan suhu panas disamping kurang minum air dan dehidrasi badan antara punca boleh menyebabkan strok haba.
Oleh itu beliau menyarankan beberapa langkah segera untuk diambil sekiranya ada individu terkena strok haba iaitu menempatkan pesakit di tempat teduh dan berhawa dingin.
“Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.
“Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan,” katanya.
Dr Noor Hisham turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari. - BERNAMA

Awas Kayuhan Kemarau



Dalam musim kemarau, dengan keadaan cuaca yang panas dan kering maka akan mempengaruhi berbagai aspek kehidupan, seperti tahap kemalasan terlampau , kurang selera  makan , outdoor sikit basah badan bagai terjun dalam kolam dan tak kurang juga dengan masalah kesihatan.
Menjaga kesihatan supaya tubuh tetap sihat pada musim kemarau ini sangat penting karana kalau terlanjur sakit, kos perubatan pula nak kena sara, bahkan tidak banyak dapat melakukan aktiviti luar.
Menurut Pakar musim Kemarau, berbagai penyakit yang biasa terjadi pada musim kemarau antara lain penyakit isfa (insfeksi saluran nafas bagian atas).
Selain itu penyakit mata seperti mata menjadi merah dan diare,
Kayuhan Offroad byk ceritanya dari kayuhan road karana dalam musim kemarau ini cuacanya panas dan kering sehingga banyak debu yang menyebabkan banyak virus beterbangan bersama debu, akibatnya kebarangkalian menimbulkan penyakit isfa maupun penyakit mata adalah tinggi, namun pemakaian cermin mata atau gogel mengurangkan risiko berkenaan.
Gejala utama orang yang terinfeksi penyakit isfa adalah batuk, pilek, demam, nyeri telan yaitu kalau menelan tenggorokan terasa sakit, dan badan terasa kurang sedap. Untuk mengurangkan peratusan dari penyakit isfa perlu memperbanyak minum air putih, minimum sehari 8 gelas atau 2 liter .

Bantuan Kemanusian 23 Feb ini !

 
Menerusi laman Facebook PM, Najib berkata bagi pemohon yang tiada akaun bank atau tidak sempat mengemaskini maklumat perbankan mereka, bayaran BR1M akan dibuat secara berperingkat bermula 23 Februari.
Pendaftaran permohonan BR1M bagi pemohon baharu ditutup pada 31 Januari lalu, sementara bagi penerima sebelum ini mereka hanya perlu mengemaskini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.
Dalam pembentangan Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lalu, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak akan menerima bantuan BR1M sebanyak RM650, sementara individu bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan akan menerima bantuan RM300.
Sejumlah RM4.6 bilion diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan bantuan itu yang bakal dinikmati hampir 7.9 juta rakyat Malaysia. – BERNAMA

Panas : Punca kEMATIAN MENGEJUT KETIKA BERSUKAN



SUDDEN death - jargon bagi tendangan bola sepak yang dijaringkan dalam masa tambahan setelah kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri apabila permainan masa sebenar tamat. Siapa masuk dulu, dia menang.
Bagi sesetengah peminat bola sepak, tendangan gol yang membawa kemenangan itu lebih dikenali sebagai sudden victory dan bukannya sudden death bagi membayangi makna `kematian' (death).
Sebaliknya, di bidang perubatan, sudden death atau lebih dikenali sebagai sindrom kematian mengejut (SDS), tiada ampunnya.
Bayangkan. Individu yang mengalami SDS atau secara tidak rasminya turut dipanggil sindrom kematian mengejut di kalangan orang dewasa (SADS), gemar meragut nyawa khalayak yang muda belia, sekitar umur 30-an.
Ironinya, mereka mempunyai tubuh badan yang sihat serta mengamalkan gaya hidup yang juga sihat seperti gemar bersukan dan tidak merokok.
Mangsa rebah menyembah bumi tanpa sebarang amaran dengan peluang yang tipis untuk diselamatkan. Langsung tiada penjelasan kenapa ia berlaku.
Satu dalam 20 kes SDS, tidak pernah diketahui punca penyebabnya walaupun selepas postmortem ke atas mayat mangsa.
``SDS sebenarnya digunakan untuk berbagai-bagai punca yang menyebabkan kematian mengejut di kalangan orang dewasa.
``Ia berpunca daripada jantung dan tidak disebabkan oleh sebarang kecederaan atau kemalangan,'' kata Pakar Perunding Perubatan, Jabatan Perubatan, Hospital Kuala Terengganu, Terengganu, Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh.
Menurutnya, masalah jantung - kardiomiopati, aritmia, masalah sejak lahir, miokarditis, penyakit tisu sambungan, injap jantung - adalah punca utama SDS yang boleh berlaku pada mana-mana peringkat umur.
Sesetengah daripadanya boleh dikesan awal manakala sesetengahnya lagi tidak menunjukkan sebarang tanda dan boleh menyebabkan SDS.
Boleh dikatakan setiap organ dalaman manusia boleh mengalami masalah yang mengakibatkan kematian mengejut.
Bagaimanapun, jelasnya, istilah SDS selalunya merujuk kepada kematian mengejut yang berpunca daripada jantung.
Mengulas lanjut, apabila seseorang melakukan sebarang aktiviti fizikal termasuk bersukan, jantung akan berdenyut dengan lebih cepat.
Ia akan bekerja dengan lebih kuat bagi membekalkan lebih banyak oksigen ke otot-otot dan organ-organ dalaman yang lain.
``Sekiranya seseorang itu sedia mempunyai masalah jantung, mereka akan lebih berisiko untuk mendapat masalah semasa bersukan.
``Bersukan tidak menyebabkan SDS tetapi ia boleh mencetuskan SDS sekiranya seseorang itu telah mempunyai masalah kesihatan yang tidak dikesan sebelum itu,'' katanya.
Dr. Ahmad Shukri berkata, adalah sukar untuk menjangkakan seseorang yang muda dan sihat tetapi berisiko untuk mendapat SDS.
Kebanyakan kematian mengejut golongan muda berpunca daripada masalah otot-otot jantung abnormal dan irama jantung yang tidak normal.
``Denyutan jantung sepatutnya perlu seragam dan pengaliran darah di dalam organ jantung hendaklah lancar.
``Aliran darah di dalam organ jantung akan mengepam darah ke seluruh organ dalaman manakala aliran darah koronari yang terletak di permukaan jantung, membekalkan oksigen kepada organ jantung,'' katanya.
Selain faktor ubat-ubatan tertentu, termasuk pengambilannya dalam dos yang berlebihan dikatakan menjadi antara punca SDS.

Terdapat dua punca utama SDS yang bersumber dari masalah jantung iaitu kardiomiopati, gangguan kronik yang melibatkan otot-otot jantung yang berlaku tanpa diketahui punca sebenarnya.
Namun, ia ada kaitannya dengan faktor genetik dan terbahagi kepada tiga iaitu:
l Hyperthropic Cardiomyopathy (HCM), ketebalan otot-otot pada dinding ventrikel yang mengganggu aliran darah keluar dari jantung.
Jantung gagal untuk berehat semasa proses penerimaan darah, seterusnya mengganggu perjalanan keluar darah dari jantung ke organ-organ lain termasuk ke saluran darah koronari.
Denyutan jantung yang tidak seragam pula akan menjadikan pengaliran darah di dalam jantung tidak teratur dan kurang berkesan.
l Dilated Cardiomyopathy (pembengkakan jantung)
l Restrictive Cardiomyopathy, di mana jantung tersekat mengakibatkan pengaliran darah ke jantung tersekat.
Sementara itu, punca besar kedua SDS adalah aritmia iaitu irama jantung yang tidak seragam.

Gejala-gejala SDS
* Susah bernafas (nafas tercungap-cungap)
* Sakit dada, kebiasaannya berlaku ketika melakukan aktiviti fizikal
* Berdebar-debar, jantung laju dan tidak seragam
* Sakit kepala
* Pitam.
Jika anda mengalami salah satu daripada gejala-gejala di atas, tidak bermakna anda mengalami SDS.
Bagaimanapun, doktor mungkin menyarankan anda menjalani beberapa ujian dan merujuk anda kepada pakar jantung.
Siapakah yang berisiko tinggi?
Tidak seperti penyakit jantung koronari, pesakit yang mengalami SDS tidak dikenal pasti risikonya.
SDS boleh berlaku secara tiba-tiba tetapi ia dapat dielakkan sekiranya pemeriksaan awal seperti imbasan dapat dilakukan bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga dengan sejarah SDS.
Ramai yang tidak menyedari mereka mempunyai SDS sehinggalah ahli keluarga yang lain mendapat serangannya.
Peluangnya boleh dikatakan 50-50 untuk diwarisi.
Bagi mereka yang sedia mempunyai gejala-gejalanya, elok mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor sebelum mengambil bahagian di dalam sukan aktif.
Keadaan ini bagaimanapun, pada dasarnya tidak akan mengganggu gaya hidup mereka dengan ketara dan boleh dikawal dengan ubat-ubatan.
* Melakukan pemeriksaan kesihatan tahunan.
Keseriusan penyakit adalah berbeza-beza antara seseorang dengan yang lain.
Malah, sekalipun anda didiagnos dengan HCM, anda tidak semestinya menunjukkan apa-apa gejala dan boleh meneruskan hidup dengan normal.
Rawatan
* CPR, rawatan segera menstabilkan jantung
* Rawatan antiaritmia
* Pembedahan dinding jantung dilakukan bagi masalah HCM
* Pemindahan jantung juga boleh dilakukan bagi kes-kes tertentu
* Rawatan simptomatik misalnya, memberikan ubat diuretik bagi pesakit yang mengalami kegagalan jantung.

sumber :  Utusan Melayu (M) Bhd 13 mei 2005

MTB Lipat

Selamat tinggal Rear rack atau roof rack jika sudah memiliki MTB Lipat ini.  buatan Pereka MTB terkenal Prodeco Technologies. Frame aluminium, Fork Alloy Magnesium yang membuat nya berketahanan tinggi serta ringan, memudahkan penunggang dalam urusan penyimpanan dan pemasangan nya. pereka juga tidak meninggalkan spesifikasi penting Basikal Gunung ini iaitu sistem brek prestasi tinggi disamping FD dan RD yang menggunakan teknologi Shimano Deore yang tahan lasak