Kayuhan Mencari Naga di Chini



       Kayuhan ini terbuka kepada semua peminat basikal bukit di seluruh negeri Pahang yang merupakan anjuran bersama PPD Pekan, Felda dan beberapa badan kerajaan dan bukan kerajaan. Pihak Urusetia penganjur juga bertuah kerana even ini bantu oleh kelab basikal terunggul di daerah Pekan ini iaitu Edubike Club yang berpengkalan di kawasan Chini sendiri dibawah naungan En. Hamdan selaku pengerusi kelab yang menjadi salah seorang jawatankuasa teknikal even ini.
      Dipahamkan oleh rider yang telah menjalankan " Trek Scanning " , Trek ini menjanjikan suasana perjalanan Naga yang luar biasa. pengalaman kayuhan merentasi denai berkabus seperti berada di dunia Naga Tasik Chini. Ia seperti menaiki bot pelancong mengelilingi pulau yang penuh dengan pokok aneh.
Maklumat terperinci seperti dibawah :

       Tarikh : 6 Ogos 2016
       Jam     : 8.30 pagi
       Flagoff : SMK Chini 2
       Jarak Trek : 25km

       Tarikh tutup pendaftaran : 27.7.2016

Maklumat lanjut, Hubungi

Saiful Hafizan 013 911 2800
atau
Siti Zaleha 012 965 2858

Categories: