Touring Bicycle front bag brackets

Touring Bicycle front bag brackets, dihasilkan kerana ia tidak dibekalkan atau memang designnya memang tidak ada.beg yang dipasang terus pada handle akan menimbulkan masalah dimana bag akan mengenai kabel brek dan shif gear.
untuk menyelesaikan masalah tersebut. saya telah mereka bracket untuk memegang beg yang tidak menganggu kabel di handle. disamping itu, bracket yang dihasilkan akan mempunyai kemudahan tambahan iaitu bottle rack dan ruang tambahan untuk mengikat khemah,sleeping bag atau lain2 perlatan yang boleh diikat.
material yang digunakan adalah aluminium padu serta hard teflon_plastik keras). dibawah adalah antara kerja-kerja yang dilakukan bagi menghasilkan projek ini.

membuat lubang lurus dan lubang bersudut pada part 1 terlebih dahulu sebelum membentuk

setelah beberapa lubang yang dikehendaki ditebuk, kerja membentuk dilakukan. antara kaedah paling menjimat masa ialah menggergaji bahagian yang tidak diperlukan

apabila bahagian yang tidak diperlukan dibuang dengan gergaji, bendakerja yang terhasil adalah tidak sekata (herotan). maka proses mengisar ( milling proses ) dilakukan. 

part 2 ini adalah adalah roundbar. ia akan dipasang pada spacer yg berbentuk bulat, maka hujung part 2 ini juga harus bulat atau melengkung yang sama diameternya dgn diameter spacer. maka proses paling tepat yang harus dilakukan ialah proses boring yang menggunakan mesin kisar juga. diameter nya adalah 34mm


part 3,4,5 adalah penyambung antara part 1 dan 2 yang dihasikan menggunakan proses melarik ( turning proses )

part 3 disambung ke part 4 dengan menggunakan TIG

antara part yang telah disambung dengan TIG welding dan menggunakan bolt

projek yang separa siap di pasang bagi mengenalpasti masalah yang akan timbul untuk proses mengubahsuai. part 2 diikat pada spacer hanya menggunakan clip besi ( clip paip getah yang dilapik dgn getah tiub yang dipotong ).

Peringatan.
- untuk kerja memesin, penggunaan bahan penyejuk ( coolant ) haruslah dititik beratkan kerana kepanasan haba pada aluminium yg melampau akan menyebabkan hasil yang kurang baik atau mata pemotong akan tumpul.
- selepas kerja mengimpal dilakukan, bahan kerja aluminium harus dibiar sejuk sendiri tanpa merendam didalam air untuk hasil kimpalan yg baik.

Categories: