KAYUHAN MESRA HPP 2013 POLIS KONTINJEN KEDAH


            Tanggal 18 Mei 2013 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium, Alor Setar,Kedah, telah berlangsungnya Kayuhan Mesra HPP 2013 Polis Kontinjen Kedah. Ia dihadiri  YDH SAC Dato'Abdul Ghafar Bin Rajab (Timbalan Ketua Polis Kedah), Ketua-Ketua Jabatan, Ketua - Ketua Polis Daerah, Pegawai - Pegawai Kanan/APR/Konst/KTA dan juga penyertaan dari penduduk setempat dan daerah yang berhampiran.

          Gerek ILP Jitra hanya diwakili oleh Ir Halim sahaja. beliau tidak keseorangan ke sana dari Jitra kerana rakan-rakan dari Taman Maheran, Taman Melor , Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan IKBN Naka turut menyertai bagi memeriahkan suasana.



Bermula dengan senamrobik oleh semua peserta. Kira-kira 8 pagi,  Peserta dilepaskan oleh YDH SAC Dato'abdul Ghafar Bin Rajab bermula dari IPK ke Kubang Pasu dan berakhir semula di IPK Kedah.




Acara tamat lebih kurang 11 pagi.Peserta disajikan dengan makan tengahari sebelum acara kemuncak yang ditunggu-tunggukan oleh peserta iaitu Acara cabutan bertuah sebelum bersurai. Tahniah kepada Rakan Gerek ILP Jitra dari Majlis Perbandaran Kubang Pasu kerana telah berjaya menggondol hadiah berupa  sebuah basikal.
  
Rider Gerek ILPJ, Taman Melur Cycling Club , Taman Maheran , MD Kubang Pasu dan IKBN Naka

YDH SAC Dato'Abdul Ghafar Bin Rajab (Timbalan Ketua Polis Kedah) bersama-sama peserta  dan urusetia kayuhan

Sumber : Ir Halim Yatim Gerek ILP Jitra , FB Kontijen Polis Kedah


Categories: