new trek new challenge

Kubang Pasu, kawasan yang mempunyai kawasan muka bumi hijau yang baik berbanding dgn kawasan berhampiran dgn nya. setelah hampir setiap minggu blogger bersama rider2 geng gerek ilp jitra yang ahlinya bebas dlm dn luar ilp menggunakan trek 4. kami membuat kata putus utk mencuba trek yang lebih mencabar dgn menyasarkan kayuhan On-road 100% dengan menambah jarak yg lebih kilometer. ini berikutan, kebanyakan ahli tidak memenuhi spesifikasi MTB untuk laluan off-road termasuk blogger sendiri. ( budget x da lagi memandang ekonomi yg kurang stabil berikutan pergolakan mesir dan libya ) yang memberi kesan pd semua perkara sedar atau tidak sedar.

trek baru yang akan dijelajahi  ini akan disertai oleh rider campuran sebagai kayuhan percubaan bagi merangka jarak dan masa kayuhan yang bersesuaian dgn speed rider2 geng gerek ilp yang average nya antara 20-30km/j. kayuhan ini akan disertai oleh Bro Zul merida dan Bro Sarif.
Shell kubang lembu sebagai tempat Mula dan berakhir di Petronas Tmn Mahsuri. trek percubaan yang akan dilalui ialah trek 6.



                                                                       trek 6
                                                                       40km

Seawal 7am blogger dan rakan memulakan kayuhan dgn kelajuan sederhana sebagai kayuhan pra-panas. memandangkan perjalanan yg bakal ditempuhi samar2 rupa muka buminya, speed yg digunakan hanya average 25km/j.

sepanjang perjalanan menyusuri jalan ke kg binjai, jalan yg dilalui sedikit berbukit tapi landai , ini memberi kelebihan pada penjimatan tenaga kayuhan berbanding dgn trek 4 yg jalan bukit nya agak curam dan panjang serta memaksa rider memerah keringat utk mengayuh sehingga ke atas.
 laluan ke kg binjai ini ditutupi dengan rimbunan pohon pokok getah umpama denai gergasi. situasi ini sikit sebanyak menyaman kan suasana persekitaran.

      kelajuan max oleh bro zul apabila menyusuri denai gergasi ( pohon getah ) sehingga blogger hampir gagal menangkap gambarnya..agak2 berapa speed nya?

              Berhenti jap setelah kayuhan mendaki jln bukit yg panjang


                    Bro zul memperlahankan kayuhan sementara menunggu rakan yg tertinggal jauh



                   kawasan test jantung mengepam darah " laju dan lambat" apabila menaiki dan menuruni jln bukit wang tepus ni dari simpang bkt wang/kuala nerang . dengan berteman kabus yg belum sempat hilang blogger serta 2 rakan menuruni bukit perik.

Categories: