Camaraderie de Cycling 2013
“Kayuhan Sahabat ILJTM”



                      Kira-kira 60 penunggang basikal yang datang dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta zon utara serta komuniti setempat telah mengambil bahagian dalam  Institut Latihan Perindustrian (ILP)  Jitra Camaraderie de Cycling (CdC) 2013 pada 27 April 2013 lalu, ini merupakan acara julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Berbasikal ILP Jitra dengan Kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan ILP Jitra menjadikan ia  acara “Fun Ride” pertama di  Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia  (ILJTM) Wilayah Utara. Bilangan peserta dalam CdC ini pada awalnya hanya menyasarkan kira-kira 40 orang peserta sahaja telah meningkat kepada 60 orang menjadikan ia sesuatu yang amat membanggakan kerana berjaya menghimpun penunggang basikal bukit dari hampir kesemua IL JTM dan  Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)  Wilayah Utara.
Read more 

Dengan jarak kayuhan kira-kira 41KM , ILP Jitra CdC  membawa peserta dengan kayuhan pemanas badan sebelum mengharungi laluan mencabar  yang bermula di
ILP Jitra ke Kg kepala Batu melalui jalan raya sebelum memasuki laluan “OffRoad”.
Cuaca mendung yang memberi  tanda akan hujan ketika berlepas sudah dapat dijangka. Hujan lebat melanda di sepanjang kayuhan sehingga di laluan Sg Padang Terap Kg Kepala Gajah. Ketika memasuki Jalan berbatu kecil,   hujan sudah mulai reda.







Di laluan ini peserta disajikan dengan cabaran mendaki jalan berbukit berkecerunan 10 – 30 %  sehingga berhenti di tempat rehat “Check Point” sebelum meneruskan kayuhan melalui jalan raya di Jalan Perik dan Jln Bukit Wang dan terus ke  laluan ladang getah,  Peserta sekali lagi melalui laluan mencabar dikawasan ladang getah  dan keluar ke Perumahan KEDA Jitra.  

                  “Front Derailleurs “  dan  Rear Derailleurs basikal sudah berbunyi dengan bunyian yang kurang selesa, tanah selut menyaluti rantai, Hormon Adrelin sudah banyak dirembeskan. Tempat penamat mula difikir-fikirkan , jarak kayuhan masih berbaki kira-kira 6km. Peserta  mula mengalami kekejangan kaki  dan kerosakan basikal. Peserta yang tidak dapat meneruskan kayuhan dibawa dengan kenderaan Pacuan 4 Roda. Setelah 41km, peserta dari Kelompok terakhir tiba di ILP Jitra yang mengambil masa kira-kira 3 jam selepas berlepas.  

                 


                  “Ini adalah satu kejayaan bermakna pada penganjuran kayuhan basikal  yang pertama ILP Jita yang memberi pelajaran dan pengajaran untuk penganjuran pada masa hadapan”.kata Ir Mohd Halim Azhar bin Mohd Yatim ,Pengarah ILP Jitra yang juga peserta kayuhan CdC ini. ILP Jitra CdC ini  juga dianjur sesuai dengan tema Kementerian Belia Sukan pada Tahun 2013 iaitu “ Program Sihat Cergas”, disamping memberi  faedah tambahan dalam mempromosikan ILJTM kepada masyarakat setempat. kata Ir Mohd Halim Azhar bin Mohd Yatim. CdC 2013 telah mengukuhkan hubungan kita dengan masyarakat setempat dan agensi awam dan swasta ." kata En. Khairil  , Wakil Kelab Sukan Kebajikan ILP Jitra.

Categories: